Wednesday, May 28, 2008

Seni Untuk Masyarakat...Mengapa Perlu Berbohong?

Tulisan ini sekadar imbasan kembali bagaimana aku merentas kehebatan Kuala Lumpur baru-baru ini mencari sebilangan pengkarya dalam mengupas teori dan konsep yang berkaitan tentang keindahan. Kisah pelukis yang bergelumang dengan retorik dan pembohongan, ada juga yang tersipu-tersipu mengatur kata perdebatan, tidak kurang yang melakonkan watak antagonis, dan yang pastinya hanya minoriti bersikap intelek dalam perdebatan...rata-rata cukup menyedihkan. Manakan tidak, lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Tiada soalan penyelesaian rumus algebra atau pecahan trigonometri, tapi hanya soalan biasa menjurus kepada pembawakan dan perwatakan pengkarya dalam aliran yang diperjuangkan.

Perjalanan aku mulakan di sekitar Central Market..terus ke Jalan Conlay, Bangsar, Balai Seni Lukis Negara, KLCC, Shah Alam serta Kajang..di mana tempat aku pernah berjuang dulu, cuma seketika bersama artis Realisme tanah air yang cukup aku sanjungi. Situasinya tak pernah berubah setelah aku rumuskan segala diskusi dan perdebatan. Secara lumrah, aku berbangga..tapi sampai bila sekelumit retorik ini cuba dipentaskan dalam keadaan yang sebegini? Hampir 50 tahun yang lalu kita bergelut dengan pelbagai cengkaman ideologi dalam perjuangan seni di Malaysia, rakus dengan pembawakan stail dan identiti sendiri..lalu terlupa wajah seni Malaysia berkarat di hujung jari sendiri! Jika benar seni untuk masyarakat..mana keluhurannya? Kewajarannya di mana? Apabila ada sebilangan karya seni terpampang megah dan indah..menceritakan tentang penderitaan anak-anak di Palestin, musnahnya sebuah negara kerana perebutan kuasa..terkulainya si ibu di tangan perosak bangsa...sedangkan pengkarya yang menghasilkan karya tersebut tidak pernah melaluinya?

Jika benar seni untuk masyarakat...mengapa cuba berbohong?

Kejujuran adalah sebahagian daripada sifat seni yang sama-sama kita juangkan..

3 comments:

butang said...

Salam...nampaknya En Affwan sendiri belum arif tentang definisi "seni untuk masyarakat itu sendiri...baiklah En Affwan di sini saya terangkan apa maksud seni untuk masyarakat.. "Seni untuk masyarakat" ialah apa2 sahaja karya seni yg dihasilkan oleh pengkarya yang boleh diguna pakai,diterima oleh masyarakat dan tidak menyinggung emosi masyarakat itu sendiri... menyentuh tentang isu yang En Affwan utarakan mengenai pengkarya malaysia yang melukis gambaran atau situasi peperangan di Palestin, ITU juga merupakan salah satu contoh seni untuk masyarakat..hal ini kerana, daripada gambaran peperangan tersebut masyarakat kita dapat ambil pengajaran,supaya jgn lalai dan berwaspada..tidak semestinya kalau seni untuk masyarakat,hanya fokus kepada situasi di Malaysia..itu salah En Affwan..buka minda..halusi jiwa... "majulah seni dalam masyarakt Malysia"..

affwanizamromli said...

terima kasih buat butang..

pandangan anda amat saya hargai dalam ruang seni untuk masyarakat..sy akui dan sy setuju jika seni untuk masyarakat ialah apa2 saja karya seni yang yg dapat diterima pakai selagi ia tidak menyinggung emosi atau melibatkan sentimen itu sendiri. Memang benar, pengutaraan apa2 sahaja isu seperti peperangan dan soal kemasyarakatan dalam sesebuah karya adalah bertindak sebagai bahan pengajaran untuk sentiasa berwaspada dan mungkin melibatkan soal moral yang positif..

Persoalannya di sini adalah melibatkan kejujuran seseorang artis untuk berkarya, adakah ia pernah melalui peperangan di palestin? lalu menceritakan bagaimana peritnya situasi tersebut, sedangkan keadaan tersebut tidak pernah diharungi sama sekali? kita bercakap soal kejujuran dlm berkarya, bukannya melibatkan apa yg diketengahkan oleh seseorang artis.

Sy harap en butang fhm dgn apa yg cuba diperbincgkan..sekali lagi terima kasih di atas pandangan anda!

butang said...

bercakap soal kejujuran berkarya..memang pelukis itu jujur dalam karyanya..ini adalah kerana cetusan ideanya adalah yg lahir dari hatinya dan bukan yang sengaja direka2..bknkah En Affwan sendiri lbh arif ttg hal itu dimana untuk menghasilkan sesuatu karya yg realistik kita perlu mendalami dan menghalusi sesuatu isu tersebut? dalam hal ini walaupun pengkarya tidak mengalami situasi perang tersebut tetapi dr jiwanya dia merasa kesengsaraan dan kepedihan yg mangsa perang itu alami... sekian terima kasih, majulah seni untuk masyarakat..