Thursday, November 4, 2010

Forum Sidang Seni: Pelukis Palsu?


Merujuk kepada tulisan blog saya sebelum ini pernah disentuh tentang isu pelukis 'jalanan' itu sendiri. Kali ini kelihatan suatu sudut senario seni sezaman di Malaysia semakin rancak dengan penglabelan pelukis 'palsu' pula. Siapa yang tulen? Perihal ini akan diperbincangkan dalam forum sidang seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris tidak lama lagi. Apa pun rumusan penuh tidak boleh diberikan lagi memandangkan forum ini belum bermula. Cuma saya mengharapkan dengan kehadiran ahli-ahli panel yang tidaklah begitu asing namanya dalam persada seni tanahair dapat memberi hujahan dan idea yang mampu mencerminkan suatu perbahasan dan diskusi menarik.

Menarik maksud saya bukanlah dengan lawak jenaka mahupun selingan-selingan yang tidak bermanfaat untuk didengari para audien. Tapi menarik bagi saya adalah mungkin panel-panel dapat membentangkan idea dan hujah-hujah yang jarang difikirkan bersama. Bukan hanya sembang-sembang kosong dan kadang-kadang kedengarannya seperti lapuk. Ini realiti yang berlaku hari ini. Mana-mana audien dan pemerhati seni tidak mahu perkara seperti ini menjadi terlalu biasa dalam ruang perbahasan seni di Malaysia.

Saya 'menjangkakan' isi forum seni ini (Pelukis Palsu?) akan membicarakan soal para pelukis di Malaysia yang hampir pupus bilangannya. Maka bagaimana kita sebagai seorang yang memberi idea dan sumbangan-sumbangan dalam memelihara martabat seni di Malaysia mampu mengatasi atau sekurang-sekurangnya cuba mengurangkan permasalahan ini dari 'merebak' dengan begitu meruncing. Maka saya juga 'menjangkakan' forum ini akan menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa tidak perlu wujud gelaran atau penglabelan pelukis palsu, tulen atau tidak tulen itu sendiri. Itu jangkaan saya.

Namun, jika forum ini cuba membahaskan keadaan yang sebaliknya, ia sesuatu yang agak membimbangkan dewasa ini. Maksud saya, jika forum seni ini memperdebatkan soal kehadiran pelukis 'palsu' atau apa pun interpretasi yang menjurus ke arah penglabelan tersebut, perihal ini perlu dipandang serius. Saya lontarkan suatu persoalan biasa untuk dijawab bersama, terlalu tinggikah nilai perjuangan seni kita hari ini hingga sanggup melabelkan seseorang pelukis itu sebagai pelukis palsu? Sejauh manakah ketulenan yang ada pada kita?

Benarlah seperti kata Pak Yusof (Yusof Gajah), jangan sempitkan pemikiran kita dengan hal-hal yang sebegini. Maka seharusnya dibicarakan soal pelukis itu sendiri. Bukannya soal siapa yang betul-betul seorang pelukis atau siapa yang tidak lagi menjadi betul dalam melukis. Dari kita membincangkan soal betul salah, palsu tulen, adalah lebih baik memperhalusi perihal kewujudan dan percambahan pelukis-pelukis di Malaysia itu sendiri. Mencari satu usaha agar komuniti ini terus berkembang dan bercambah. Jangan sampai suatu masa, ia terus hilang dan pupus maka forum atau sidang apakah lagi yang mampu kita hasilkan melainkan hanya dengan satu forum sidang seni yang bertajuk: Pelukis Pupus? 

"ketika kita sibuk bicarakan pelukis asli dan palsu kita sudah terjerumus dalam kancah pemikiran sempit adalah lebih baik kita bicara tentang nasib spesis yang namanya pelukis daripada pupus dibumi ini...." (Yusof Gajah, 2010)

''great minds discuss ideas, average minds discuss events, small minds discuss people''.

6 comments:

Anonymous said...

Dari daerah atau sumber mana yang menyatakan artis di negara kita semakin pupus?...saya tertarik dengan artikel saudara...pada pengamatan saya.seniman baru dinegara kita tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 'Pupus' ini datang dari mana?...'Pelukis Palsu'mempunyai banyak maksudnya,artis yang hanya melukis, menconteng tanpa ada kerangka yang kuat, tanpa ada kajian yang mendalam, hanya ingin menjual ribuan ringgit tanpa ada makna yang tersirat..itu pun kategori PALSU bagi sy. Pelukis dan seniman semakin banyak dinegara kita,graduan2 dri pelbagai institusi wujud tapi adakah mereka ini membawa satu kerangka yang tepat dalam bekarya?..itu lah persoalan nya.

affwanizamromli said...

Terima kasih atas pandangan saudara..saya jawab persoalan pertama anda, dari daerah atau sumber mana yang menyatakan artis di negara kita semakin pupus. Ya..seharusnya diperhalusi lagi tulisan saya tentang 'pupus' tersebut. Saya hanya mengandaikan jika senario ini berlaku pasti akan mendatangkan persoalan dari segi 'pupus' itu sendiri. Diakui seniman serta artis-artis muda tumbuh bak cendawan. Saya tidak menolak realiti ini. Namun dalam usaha memperbanyakkan lagi artis-artis atau seniman, itu yang harus dijalankan. Mungkin dengan seminar dan sidang diskusi seni seperti ini lantas lahirlah idea-idea yang boleh digunapakai sekaligus memberi penambahbaikan dalam soal realiti seniman tanahair. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan atas pandangan saudara mengenai definisi pelukis palsu itu sendiri. Seseorang yang melukis tanpa kerangka yg kuat, tanpa kajian dan hanya menjual dengan nilai yg begitu tinggi tanpa ada makna yg tersirat. Saya tertarik dengan perkataan tersirat yang saudara nyatakan. Bagaimana anda mengukur aras atau tahap 'tersirat' itu dengan nilai harga karya seniman? Apakah ada kayu ukur untuk itu. Tentu tidak ada bukan. Mungkin jawapannya..ohh ini soal subjektif...sebagai contoh karya yang bernilai RM 5000,maksud tersiratnya sebegini..dan karya yg bnilai RM 10'000 maksud tersiratnya sebegini pula..jadi tersirat itu ada kuantitinya yg tersendiri? Saya percaya harga-harga karya ini pula terpulang pada saiz, medium, mahupun cara pengolahan oleh sesetengah pngkarya. Dan mereka berhak menilai berapakah harga yg sepatutnya diletakkan..ya mungkin..mungkin..perlukah PALSU itu dikendong ke sana ke mari? Diteriakkan sekelian pelusuk dan ceruk seni tanahair..seterusnya saya jawab persoalan yg kedua, soal graduan2 yg wujud di negara ini dan adakah mereka membawa krangka yg tepat dlm bkarya? Sekali lagi terima kasih atas persoalan sebegini. Saya mengatakan ya, membawa kerangka..tepat atau tidak tepat itu bergantung pada setiap graduan itu sendiri. mereka diajar dlm soal krangka bkarya, dan selebihnya tpulang utk mengadunkan sbgaimana dlm lumrah mnjadi seorang seniman. menjadi sgt tidak adil utk melabelkn graduan2 ini tidak mmpunyai krangka lngsung dlm bkarya..dan pkara ini ttp sama tidak adil apabila kita mgatakan sama ada seseorang pngkarya itu palsu atau tidak. Soalnya siapa kita untuk menafsirkannya sedemikian rupa?

Anonymous said...

Apa maksud 'Palsu' bagi saudara di sini?..kita tidak mendengar lagi forum ini, seharusnya kita mendengar dulu forum ini baru boleh kita hendak menolak atau apa saja pendapat mengenainya. saudara juga menyokong forum sebegini bukan?..ianya bagus. ini mungkin permulaan atau kesinambungan drpd apa yg telah telah lama terputus..dan mungkin akan ada topik2 lain yang lebih akademik berbanding 'Palsu' ini. saudara mengatakan harga sesuah karya diukur dengan saiz,medium dan sebagainya.sudah tentu "intrinsic meaning mahupun mesej, tersirat ini ada kayu pengukurnya,...kayu ukurnya adalah program sebegini di mana seniman boleh saja mengetengahkan 'content' ini di dalam forum sebegini..mungkin ini caranya..sudah semestinya ada. kerja seseorg seniman meng'objek'kan perkara yang subjektif. jadi jwpn 'oh ini subjektif'..tidak patut timbul. saya pasti sy tidak menyatakan graduan2 tidak mempunyai kerangka utk berkarya, cuma saya menyatakan..adakah mereka punyai kerangka yang tepat untuk berkarya. ini persoalan yang saya cuba inginkan jawapan. pada saya, palsu di sini bukan bermakna menuding jari untuk menyalahkn mana2 pihak. tapi cuma mungkin pihak pasca di UPSI ingin mendapatkan kepastian tentang bagaimana seseorg seniman yang betul2 mantap dari segi intelektual nya. saya menyokong kalau ada menyatakan tajuk ini kurang cemerlang dan mungkin ada topik lain yang lebih akademik. itulah yg saya katakan mungkin ini permulaan bagi mereka utk merentasi samudera seni itu sendiri. kita boleh menafsirkan apa saja keadaan yang ada tanpa prejudis...hadirnya saya hanya untuk berbicara dan menghangatkan debat ini. gain the knowledge dlm apa jua cara,..terima kasih saudara.

Anonymous said...

Education University discuss small ideas.. okey la tu, salute!

Anonymous said...

sedangkan di BARAT atau negara2 maju yg lain membincangkan pasal apresiasi, kita pula gah mencari ISU yg boleh mendiskriminasikan/ banding beza antara golongan pengkarya/ pelukis. tidak ada option2 lain yang boleh dibincangkan untuk menaikkan tahap pelukis, malah forum sebegini mungkin tiada objektif lain selain dari 'menarik' perhatian supaya orang datang dengan tajuk yang agak 'picisan' seolah seperti jual goreng pisang. sepatutnya sebuah universiti yang bertunjangkan PENDIDIKAN come out dengan tajuk atau topik atau title yang lebih AKADEMIK. memang kelakarlah bunyinya dan seharusnya diraikan dengan penuh santai dalam erti kata lain, ianya bukan FORUM, tetapi gembang!!. tp, tahniah kerana berjaya menarik perhatian ramai (mungkin boleh panjangkan pada makcik2 dan pakcik2 kat kampung juga) untuk datang ke sini. oh ya, lagi satu.. panel2 hanya terdiri golongan pelukis 'belajar' sahaja, what about 'street painter/ artist' yg lain?, apasal tak panggil sama as panel. hahaha, Universiti 'PENDIDIKAN'..mungkin lepas ni sekolah2 rendah & menengah boleh guna perkataan 'Pelukis Palsu' dalam topik silibus mereka.. bagus..syabas.

- Anonymous Lain -

Unknown said...

Sebenarnya kita tidak pernah pupus dlm melahirkan pengkarya seni visual. Barangkali ketandusan yg ketara dan mungkin semakin kurang ialah pengkritik seni