Thursday, July 28, 2011

Soal Identiti : Di Mana Seni Kita?

Terdetik untuk menulis kembali apabila terlalu lama aku tinggalkan ruangan maya ini. Aku bersetuju dari pelbagai sudut ruang pandang mengatakan 'perjuangan' seni di Malaysia penuh dengan semangat budaya dan jati diri. Tambahan pula keadaan ini senantiasa silih berganti dengan segala macam kerenah birokrasi ciptaan manusia yang semakin malas untuk menurut kehendak 'interpretasi' diri sendiri. Bersetuju juga dikatakan hampir setiap silih masa kita dihidangkan dengan pelbagai pameran dan diskusi seni yang amat mengiurkan perasaan. Kadangkala teruja dan selalunya kecewa seadanya.

Ramai mungkin kiranya yang ingin menjadi artis ulung yang saban hari menyimpan beratus-ratus karya misteri dan hebat mencecah ratusan ribu ringgit. Tika masa silih berganti, tika ini jua anak-anak muda semakin 'rakus' mencipta karya kegilaan ramai. Langsung budaya dan nilai-nilai jati diri dihakis begitu cepat dan hilang tanpa arah duduk yang rasional. Atas alasan inilah kita mula hilang identiti dan hala tuju. Perkara ini kedengaran seperti remeh, namun jika ada yang teliti pasti tersimpan sesuatu yang perlu dihuraikan kembali.

Di mana kita?

2 comments:

fauzi_MFA said...

Identiti? ko tengok kuala lumpur dah cukup, ko tengok Bukit Bintang dah cukup. Pelacur Kuala Lumpur tu beridentitikan ape? Rata rata Bohsia dan pelacur Kuala Lumpur pakai Handbag Gucci, Prada dan berbahasa Inggeris. Begitulah kita, drama kita dan lagu lagu siulan anak generasi kita, rata rata menyebut lirik lagu kalau "T" dah jadi "Th", saya dah "Sha-Ya". Macam dah 30 tahun duduk Liverpool la katakan...

MOHAMED NOOR OTHMAN said...

Baik apa tema dan aliran seni yang dipegang..semuanya itu adalah retorik seni. Pentingnya ialah jati diri dalam mengetengahkan isu semasa yang dekat dengan audiens yang setiap hari disuarakan dalam nada sedih, minta keprihatinan, ketidakadilan yang rata-rata tersentuh oleh sebahagian golongan pertengahan dan bawahan. Tidak salah nilai estetik dijulang di sebalik landskap,potret maupun abstrak namun prngisian isu itu yang jujur perlu dipaparkan.
Banyak isu golongan marhean yang boleh dicatankan,diarcakan,diinstalasikan untuk dilaungkan kepada kuasawan yang rakus.
Isu harga rumah,kos hidup,kemabukan kuasa dan banyak lagi boleh dijelmakan.
Jelas di sini bidang dan sempadan potensi yang dimiliki oleh insan seni dapat mengisi gelombang kesedaran seni yang menyelami hati sanubari rintihan rakyat. Hendaknya seni itu bukan sekadar mencerdikkan masyarakat tapi memperjuangkan sikap berani menyatakan kebenaran yang banyak diretorikkan oleh sang kuasawan dan koncu-koncunya