Sunday, October 31, 2010

Interpretasi - Siapa Pelukis Jalanan?

PELUKIS JALANAN. Istilah ini mungkin kedengarannya agak biasa, sudah biasa dan tidak perlu dipanjang-panjangkan interpretasinya. Mungkin. Ya, bagi sesetengah orang lain mungkin tidak perlu dibicarakan hal-hal sebegini, namun bagi saya ia adalah sesuatu yang perlu dipersoalkan. Sudah hampir 60 tahun seni lukis di Malaysia bergerak dengan begitu ‘membanggakan’ diiringi pelbagai gaya dan ideologi yang bersilih ganti mewarnai persada perjuangan dalam kalangan pengkarya mahupun pejuang seni lukis itu sendiri. Maka sejak itu jugalah penglabelan pelukis jalanan masih terngiang-ngiang mengisi ruang seni sezaman dengan gema yang agak jengkel dan meloyakan.

Suatu ketika dahulu kita pernah digegarkan dengan Persatuan Cat Air Pulau Pinang, Wednesday Art Group, Nanyang Art Group ataupun Angkatan Pelukis Malaysia yang memberi titik mula untuk para-para pelukis tempatan memulakan langkah mencari arah dan hala tuju seni lukis tanah air.

Abdullah Ariff, Yong Mun Sen, Tay Hooi Keat, Khaw Sia mahupun Kou Ju-Ping adalah antara pengasas tradisi seni lukis moden di negara ini. Tidak ketinggalan juga nama-nama pejuang Nanyang Art Group (Akademi Seni Halus Nanyang) yang pernah menimbulkan persoalan tentang satu identiti kesenian iaitu Cheong Soo-Pieng, Chen Chong Swee, Georgette Chen dan Chen Wen-Hsi. Mereka ini datang dari pelbagai corak latar belakang, fahaman dan ideologi yang tersendiri. Pernah menerima didikan seni aliran Beaux-Arts di kota-kota besar Negara China seperti Shanghai, Canton dan Amoy. Sekadar mengingati kembali sejarah lama asal-usul kegemilangan seni lukis moden di Malaysia. Dan ingatan ini amat berguna untuk kita agar tidak secara terus-terusan untuk merterjemahkan seseorang itu sebagai pelukis jalanan, ataupun pelukis bukan jalanan (kerana tidak melukis di tepi jalan). Siapa pelukis jalanan?

Jawapan saya, tiada sesiapa pun yang wajar digelar pelukis jalanan. Ya, tiada sesiapa. Pelukis tetap pelukis, yang membezakan hanya latar belakang pendidikan dan pengalaman yang diperolehi seseorang pelukis itu sendiri. Soal penglabelan siapa pelukis jalanan mahupun pelukis bukan jalanan tidak perlu timbul dan diada-adakan. Tidak perlu!

Cuma saya takut selepas ini bertempiaranlah lari pelukis-pelukis ‘asli’ (bukan jalanan) dengan lakaran-lakaran masterpiece mereka untuk menghindarkan diri dari aktiviti outdoor sketching. Takut digelar pelukis jalanan. Sketching pula hanya dilakukan senyap-senyap di dalam rumah (pelukis dalaman). Agak melucukan jika ini berlaku.

Pengetahuan, bakat, pengalaman, pemikir yang kritis lantas kreatif, semua ini anugerah yang tidak ternilai bagi sesiapa yang mendasari sesebuah perjuangan seni itu sendiri. Sama ada keupayaan dan kelebihan ini diasah dan digilap dengan semakin hebat atau sebaliknya ia terpulang kepada setiap individu. Soal melukis di tepi jalan, tepi taman, sungai, tasik, bukit, reban mahupun jamban bukanlah satu perkara yang perlu diperbesarkan hingga menjadi ikut-ikutan yang sudah tidak rasional lagi bentuknya.

Seharusnya situasi ini dipimpin dengan penuh rasa hormat dan perlu disemai segala sifat tanggapan yang positif dan membina. Apakah hanya dengan bakat semata-mata tanpa latar belakang pendidikan yang begitu membanggakan, ia wajar terus dihukum dengan penglabelan yang agak menjengkelkan? Terus tercampak ke ‘jalanan’ setara dengan hanya memiliki bakat tanpa pendidikan formal yang sepatutnya?

Ini soal dan cerita lapuk dahulu kala yang rata-ratanya memiliki televisyen tanpa warna. Celik tapi buta. Sewajarnya tidak ada mana-mana kelompok yang terpisah. Tidak perlu diulang-ulang perihal ‘jalanan’ mewarnai seni sezaman di Malaysia. Pelukis tetap pelukis. Tujuan hanyalah satu bersama-sama memartabatkan kegemilangan seni yang sudah lama diperjuangkan di bumi Malaysia tercinta.

Apa yang penting setiap karya itu adalah hasil dari jari jemari sendiri, bukannya tercipta atas keringat orang lain. Takut-takut dihujungnya nanti lahir pula ‘pengkarya’ yang hanya sekadar bertindak sebagai the last finisher….. 'DISEDIAKAN OLEH:'

7 comments:

affwanizamromli said...

dunia...dunia...

Mockin_art Base said...

Pelukis jalanan?ermm.....its hard to say la..interpretasi kmk terhadap blog ktk tok is, pelukis jalanan was good comparing with the real fine artists sbb,cdak tok sik pernah nak nunjok ego..thats the thing...unfortunately,rami cdak yang berpelajran tinggi tok slalu madah cdak dekat CM ya is pelukis jalanan...That was very bad attitude,padahal if we compare cdak ya work lagik berkualiti..That true!.....=(..Hope kmk sik judge org camya..It base on experience in exhibition....not in education....

affwanizamromli said...

harus sebegitu..penilaian adalah dari segenap ruang dan segi, bukan hanya melibatkan pendidikan semata-mata, malah siapakah kita untuk terus-terus menilai pengkarya2 lain sedemikian rupa..masing2 punya pendirian dan pandangan yang berbeza..cuba mengangkat martabat kesenian di msia, soal di mna dia melukis, apa latar belakang pendidikannya perlu diletakkan pada ruang soal yang kedua..perlu dilihat pada sejauh manakah 'kejujurannya' dlm berkarya..demi siapa, untuk apa, bagaimana ia bermula dan apa kesannya..insyaAllah.

Anonymous said...

'Pelukis Jalanan' sering dianggap satu haluan yang kurang arif tentang arti seni. negatif nya sama seperti 'samseng jalanan'. Namun bagi sy, sesetengah pelukis 'educated' pun pelukis jalanan. Masih ramai graduasi yang berkarier secara hebat, pameran sana sini boleh dianggap 'jalanan'. Persoalannya mcm mana ianya berlaku?...ha....kn?..nk tahu selanjutnya...saudara tolong ulaskan...

affwanizamromli said...

saya bersetuju dgn apa yg d katakn oleh saudara, tntang prihal siapa itu 'pelukis jalanan' sebenarnya.harap mkin bcambah ruang diskusi ini dgn pndapat n pndangan yg sbegini..apa yg sdang mnjadi krisauan dlm hati n benak fkiran sy adlh tnggapan sebilangan artis trhadap artis itu sndiri..atau tnngapan msyarakat yg msih blum arif benar tntang prihal plukis itu sndiri..dan bgaimana 'jalanan' itu diberi tafsiran..jika ia berupa tnggapan atau tfsiran yg positif(seperti saudara) adlh ssuatu yg bgus utk diadili scara kseluruhannya..namun msih ada artis (tidak perlu sy sbutkan nama) yg mrasakan artis2 skitar Central Market (sekadar contoh persepsi) mrupakan artis/plukis jalanan.sy merasakan ia tidak bgitu wajar utk dilabelkan sdemikian rupa..jadi tanggapan ini perlu dibuang jauh2..soal di mana ia melukis, mgadakan ssebuah pmeran, atau blatar blakangkn apa pndidikannya..bkn mjadi satu msalah yg bgitu merumitkan..tidak langsung bukan?

Anonymous said...

maksud sy bkenaan dengan artis yang educated ini...mereka akan menjadi seniman jalanan juga seandainya..apa yg mereka ingin lontarkan tidak terkesan dijiwa masyarakat. ini kerana, perihal 'research' tidak dilaksanakan.hanya melukis,mengobjekkan sesuatu hanya berlandaskan pngalaman,keinginan mahupun perasaan..udahnye,syok sendiri. berkarya hanya pada maya tersendiri...sy lebih menekan pd artis ini yang 'elit' ini.yang menjual karya puluh ribuan ringgit tanpa ada interaksi yang jati kepada pemerhati. ini bagi sy,sudah jauh melayang....perlu dilakukan sesuatu.

Unknown said...

Perkataan pelukis jalanan perlu dinyahkan sebab imej negatif seolah seperti pengemis dijalanan. Tak kira kelompok yang di dalamnya yang educated seni dan amatur..usah berkarya ditepi jalan.
Perlu diletakkan nilai diri dan martabat seni itu pada ruang yang sesuai walaupun tidak berprestij tetapi biar dalam studio berbumbung.
Penghormatan dan penghargaan pada pengkarya seni tidak mrluas dan tidak dianggap penting. Penerimaan masyarakat boleh diubah terhadap seni visual dan menghargai pengkaryanya melalui media dan publisiti.
Biar seimbang antara AF, sni lakon dan sebarang bentuk apresiasi seni. Tidak dibuka ruang dalam media TV seperti akademik seni yang menyenaraikan setiap mingu dan episod penggiat seni berkarya secara life, diberi apresiasi,dikritik oleh panel juri.
Sekiranya Gelanggang Raja Lawak,AF dan program lain ada tempatnya diruang media mengapa tidak diangkat nilai dan martabat seni visual itu seimbang dengan yang lain.Jika tidak sampai bila-bilapun pelukis jalanan disamataraf sebagai pengemis jalanan